Majlis Bandaraya Shah Alam
MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi.
Tugas MBSA turut meliputi pembangunan insaniah dengan menganjurkan program–program kemasyarakatan berlandaskan konsep mesra rakyat untuk semua lapisan masyarakat, menyalurkan bantuan kemiskinan, bencana alam, membanteras gejala sosial serta membantu golongan ibu tunggal dan warga emas.